Bentukkan pelajar kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan. Kumpulan yang dibentuk tersebut adalah kumpulan Home Team.
Setiap kumpulan diberikan satu set Jigsaw Tangram. Satu set Tangram tersebut terdapat warna yang berbeza pada setiap keping kertas Tangram.
Dalam masa 2 minit, setiap kumpulan perlu menyelesaikan Jigsaw Tangram tersebut supaya menjadi segi empat tepat. Kumpulan yang menang akan mendapat ganjaran.
Selepas masa tamat, setiap pelajar didalam kumpulan perlu memegang satu keping kertas tangram tersebut untuk setiap seorang. Pelajar yang memegang warna kertas yang sama dengan kumpulan yang lain akan membentuk kumpulan baru iaitu Expert Team.
Di dalam kumpulan Expert Team akan diberikan bahan akademik seperti kad imbasan yang disediakan. Setiap pelajar didalam kumpulan perlu menguasai isi kandungan yang ada di dalam bahan akademik tersebut selama 15 minit.
Langkah 6
Selepas masa tamat, setiap pelajar akan kembali ke kumpulan Home Team, untuk mengajar/membimbing ahli-ahli lain tentang apa yang telah dipelajari dalam kumpulan Expert Team.
Comments
Post a Comment