Skip to main content

5 Elemen Peting Dalam Pembelajaran Koperatif



Jigsaw Tangram secara terperinci yang dimana kaedah ini diadaptasi daripada pembelajaran koperatif iaitu Jigsaw. Kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, kesemua ahli kumpulan harus memberi perhatian sewajarnya semasa sesi perbincangan. la secara tidak langsung mengurangkan aspek persaingan tetapi lebih memupuk semangat kebergantungan kerana pelajar saling bergantung dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Untuk memastikan pembinaan Jigsaw Tangram ini sebagai satu pembelajaran koperatif, terdapat lima prinsip strategi Jigsaw yang perlu ada di dalam penggunaan Jigsaw Tangram. Johson (1993) mengemukakan lima prinsip strategi Jigsaw yang perlu ada iaitu


1. Saling bergantungan secara positif

2. Penanggungjawaban kendiri

3. Interaksi bersemuka, 

4. Pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit

5. Pemerosesan kumpulan.







Comments

Popular posts from this blog

Langkah-langkah menggunakan Jigsaw Tangram.

Gambar rajah di bawah adalah salah satu bentuk strategi berkumpulan  dalam penggunaan Jigsaw Tangram.  Langkah 1 Bentukkan pelajar kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan. Kumpulan yang dibentuk tersebut adalah kumpulan Home Team. Langkah 2 Setiap kumpulan diberikan satu set Jigsaw Tangram. Satu set Tangram tersebut terdapat warna yang berbeza pada setiap keping kertas Tangram. Langkah 3 Dalam masa 2 minit, setiap kumpulan perlu menyelesaikan Jigsaw Tangram tersebut supaya menjadi segi empat tepat. Kumpulan yang menang akan mendapat ganjaran. Langkah 4 Selepas masa tamat, setiap pelajar didalam kumpulan perlu memegang satu keping kertas tangram tersebut untuk setiap seorang. Pelajar yang memegang warna kertas yang sama dengan kumpulan yang lain akan membentuk kumpulan baru iaitu Expert Team. Langkah 5 Di dalam kumpulan Expert Team akan diberikan bahan akademik seperti kad imbasan yang disediakan. Setiap pelajar didalam kumpulan perlu menguasai isi ...

Mengenai Jigsaw Tangram

Jigsaw Tangram diadaptasi daripada pembelajaran koperatif iaitu Jigsaw . Kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan.  Nama Jigsaw Tangram adalah sebagai gabungan kepada dua makna iaitu Jigsaw dan Tangram. Jigsaw adalah teknik pembelajaran koperatif yang memerlukan usaha koperatif setiap orang untuk menghasilkan produk akhir. Sama seperti dalam teka-teki jigsaw, setiap bahagian setiap pelajar sangat penting untuk penghasilan dan pemahaman penuh mengenai produk akhir. Sekiranya bahagian setiap pelajar adalah mustahak, maka setiap pelajar itu penting. Itulah yang menjadikan strategi ini begitu berkesan. Manakala tangram pula adalah kepingan bahagian geometri yang pelbagai seperti segi tiga, segi empat tepat, segi tiga bersudut tegak yang membentuk pelbagai bentuk.