Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

5 Elemen Peting Dalam Pembelajaran Koperatif

Jigsaw Tangram secara terperinci yang dimana kaedah ini diadaptasi daripada pembelajaran koperatif iaitu Jigsaw . Kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, kesemua ahli kumpulan harus memberi perhatian sewajarnya semasa sesi perbincangan. la secara tidak langsung mengurangkan aspek persaingan tetapi lebih memupuk semangat kebergantungan kerana pelajar saling bergantung dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Untuk memastikan pembinaan Jigsaw Tangram ini sebagai satu pembelajaran koperatif, terdapat lima prinsip strategi Jigsaw  yang perlu ada di dalam penggunaan Jigsaw Tangram. Johson (1993) mengemukakan lima prinsip strategi Jigsaw yang perlu ada iaitu 1. S aling bergantungan secara positif 2. Penanggungjawaban kendiri 3. Interaksi bersemuka,  4. Pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit 5. Pemerosesan kumpulan.

Mengenai Jigsaw Tangram

Jigsaw Tangram diadaptasi daripada pembelajaran koperatif iaitu Jigsaw . Kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan.  Nama Jigsaw Tangram adalah sebagai gabungan kepada dua makna iaitu Jigsaw dan Tangram. Jigsaw adalah teknik pembelajaran koperatif yang memerlukan usaha koperatif setiap orang untuk menghasilkan produk akhir. Sama seperti dalam teka-teki jigsaw, setiap bahagian setiap pelajar sangat penting untuk penghasilan dan pemahaman penuh mengenai produk akhir. Sekiranya bahagian setiap pelajar adalah mustahak, maka setiap pelajar itu penting. Itulah yang menjadikan strategi ini begitu berkesan. Manakala tangram pula adalah kepingan bahagian geometri yang pelbagai seperti segi tiga, segi empat tepat, segi tiga bersudut tegak yang membentuk pelbagai bentuk.