Jigsaw Tangram diadaptasi daripada pembelajaran koperatif iaitu Jigsaw. Kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan.
Nama Jigsaw Tangram adalah sebagai gabungan kepada dua makna iaitu Jigsaw dan Tangram. Jigsaw adalah teknik pembelajaran koperatif yang memerlukan usaha koperatif setiap orang untuk menghasilkan produk akhir. Sama seperti dalam teka-teki jigsaw, setiap bahagian setiap pelajar sangat penting untuk penghasilan dan pemahaman penuh mengenai produk akhir. Sekiranya bahagian setiap pelajar adalah mustahak, maka setiap pelajar itu penting. Itulah yang menjadikan strategi ini begitu berkesan. Manakala tangram pula adalah kepingan bahagian geometri yang pelbagai seperti segi tiga, segi empat tepat, segi tiga bersudut tegak yang membentuk pelbagai bentuk.
Comments
Post a Comment