Jigsaw Tangram secara terperinci yang dimana kaedah ini diadaptasi daripada pembelajaran koperatif iaitu Jigsaw . Kaedah ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, kesemua ahli kumpulan harus memberi perhatian sewajarnya semasa sesi perbincangan. la secara tidak langsung mengurangkan aspek persaingan tetapi lebih memupuk semangat kebergantungan kerana pelajar saling bergantung dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Untuk memastikan pembinaan Jigsaw Tangram ini sebagai satu pembelajaran koperatif, terdapat lima prinsip strategi Jigsaw yang perlu ada di dalam penggunaan Jigsaw Tangram. Johson (1993) mengemukakan lima prinsip strategi Jigsaw yang perlu ada iaitu 1. S aling bergantungan secara positif 2. Penanggungjawaban kendiri 3. Interaksi bersemuka, 4. Pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit 5. Pemerosesan kumpulan.
Change The World With Education