Gambar yang menunjukkan pelajar berkerjasama menyelesaikan Jigsaw Tangram Berikut adalah contoh video demonstrasi pembelajaran menggunakan Jigsaw Tangram sebagai pembelajaran koperatif di dalam kelas. Untuk muat naik instrumen Jigsaw Tangram boleh klik disini ---> MUAT NAIK
Gambar rajah di bawah adalah salah satu bentuk strategi berkumpulan dalam penggunaan Jigsaw Tangram. Langkah 1 Bentukkan pelajar kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan. Kumpulan yang dibentuk tersebut adalah kumpulan Home Team. Langkah 2 Setiap kumpulan diberikan satu set Jigsaw Tangram. Satu set Tangram tersebut terdapat warna yang berbeza pada setiap keping kertas Tangram. Langkah 3 Dalam masa 2 minit, setiap kumpulan perlu menyelesaikan Jigsaw Tangram tersebut supaya menjadi segi empat tepat. Kumpulan yang menang akan mendapat ganjaran. Langkah 4 Selepas masa tamat, setiap pelajar didalam kumpulan perlu memegang satu keping kertas tangram tersebut untuk setiap seorang. Pelajar yang memegang warna kertas yang sama dengan kumpulan yang lain akan membentuk kumpulan baru iaitu Expert Team. Langkah 5 Di dalam kumpulan Expert Team akan diberikan bahan akademik seperti kad imbasan yang disediakan. Setiap pelajar didalam kumpulan perlu menguasai isi ...